"PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN j-QAF"
SITI FATIMAH AHMAD
AB. HALIM TAMURI
Artikel ini membincangkan tahap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan teknologi multimedia (TMm)dalam pengajaran guru j-QAF. Dalam meningkat kualiti pengajaran dan pembelajaran, penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran dan pengajaran (P&P) dilihat amat efektif dan sesuai kepada para pendidik.
Di Malaysia, era perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan. Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam konteks masyarakat berpengetahuan hari ini semakin meningkat, sejajar dengan perubahan dimensi dan inovasi dalam TMK.
Menurut Abd. Rahman (2000), sejak awal tahun 50-an, pelbagai alat teknologi pendidikan (ATP) digunakan dalam P&P sekolah- sekolah di Malaysia. Walau bagaimanapun penggunaannya adalah terhad. Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk kemajuan teknologi pendidikan melalui peruntukan daripada pinjaman Bank Dunia kepada sekolah seperti peti televisyen, perakam video dan OHP (Overhead projector) yang menelan belanja jutaan ringgit.
Mengikut kajian, tidak dapat disangkal akan kepentingan penggunaan teknologi komunikasi dan teknologi multimedia dalam meningkat dan menambahbaik proses pengajaran guru dalam bilik darjah. Malahan terdapat peningkatan minat dan motivasi pelajar terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm.
Persepsi Terhadap Penggunaan BBM Berasaskan TMm Dalam Pengajaran Guru j-QAF
Kajian mendapati persepsi guru terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm secara puratanya tinggi. Tidak dinafikan juga terdapat beberapa masalah dan halangan secara teknikal dalam meningkat kemahiran penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran. Oleh yang demikian, guru- guru j-QAF mesti berusaha untuk meningkatkan kemahiran masing- masing agar pengajaran yang dilaksanakan bagi semua model- model program j-QAF dapat menunjukkan keberkesanan sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif program tersebut.
No comments:
Post a Comment