Saturday 24 January 2015

Masalah Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pendahuluan

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Bidang teknologi merupakan bidang yang sangat mencabar minda. Kehidupan dalam alam siber memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang amat luas. Daripada perkembangan inilah, manusia menikmati kemudahan hidup. Teknologi memberi pelbagai kesan sama ada kebaikan atau keburukan.


Maksud Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

* Menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dalam pengajaran dan pembelajaran.


Masalah Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Dalam mengembangkan bidang teknologi pendidikan yang semakin canggih ini juga, terselit jua masalah yang akan timbul dalam mengaplikasikan bidang ini. Antara masalah yang timbul dalam penggunaan ICT ialah :


1. Guru kurang berkemahiran dalam bidang teknologi
2. Peralatan- peralatan kurang dan tidak disediakan di sekolah- 
    sekolah terutamanya di sekolah pedalaman.
3. Guru kurang bermotivasi dan merasakan bidang teknologi dalam 
    pendidikan sebagai satu bebanan terhadap kerjaya guru.
4. Alatan teknologi pendidikan terutama media elektronik 
    memerlukan peruntukan kewangan yang besar.
5. Guru tidak mempunyai masa untuk menghasilkan Bahan Bantu 
    Mengajar (BBM) berbentuk IT.
6. Kekurangan bahan (software pendidikan).

Kesimpulan

Proses perlaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baru. Oleh itu guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan dalam bidang teknologi ini.



Sumber Rujukan :
1. www.slideshare.net
2. eprints.utm.my
3. www.academia.edu/
4. http://anticonan.wordpress.com

Kelebihan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pendahuluan

Pendidikan yang bermakna adalah pendidikan yang membawa kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh yang boleh digunakan oleh individu menjalani kehidupan seharian. ICT dalam pendidikan bermakna penggunaan kemajuan teknologi moden sebagai alat pemangkin perkembangan dunia pendidikan melalui teknologi maklumat melalui ryang maya atau apa- apa media penyebaran dan penyampaian maklumat sama ada dalam bentuk audio, video dan data bertepatan sebagai aplikasi penggunaan peralatan teknologi pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran. 



Kelebihan Menggunakan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

1. Meningkatkan minat pelajar.
2. Pelajar lebih gembira
3. Meningkatkan tahap pembelajaran pelajar
4. Memberi peluang pelajar belajar secara sendiri
5. Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses 
    pengajaran menjadi lebih menarik.
6. Bahan boleh disimpan dan digunakan semula.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid- murid khususnya yang di sekolah rendah. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini, guru dapat mencari maklumat- maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik.

Di samping itu, kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. 

 
 Selain itu, manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang samadalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid- murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya penggunaan alat seperti power point, grafik, audio, video dan sebagainya. 


Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT adalah amat digalakkan bagi meningkatkan kecemerlangan murid sekaligus menjadikan guru- guru lebih berkemahiran di dalam penggunaan ICT. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat- maklumat dapat terus si akses ke dalam sistem.



Sumber Rujukan :
1- https://suhairi87.wordpress.com/
2- atisan19.blogspot.com
3- library.oum.edu.my/