Saturday, 27 December 2014

CARA- CARA MEMAKAI SHAWL LABUH


Masa kini terdapat pelbagai jenis tudung yang berada di pasaran.. salah satunya adalah SHAWL.



Ramai muslimah yang teringin memakai SHAWL tetapi masih was- was menggayakannya atau memang terkial- kial ingin memakainya. Tetapi harus diingat, kita juga mesti memastikan tudung yang kita pakai tidak pendek dan jarang bagi menjaga aurat.  
 Jadi.. mari kita sama- sama melihat video ini..
SELAMAT MENCUBA DAN BERGAYA !!!!
1- Tidak menampakkan warna kulit. 

2- Tidak menampakkan bentuk tubuh. 

3- Tidak menarik perhatian. 

4- Tidak berwangi-wangian.

Wanita solehah RELA stokin kakinya BASAH terkena air yang melimpah daripadaTERKENA PERCIKAN API NERAKA.

Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang DIJAGA daripada berendam dalam LAUTAN NERAKA.

Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara & TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita. ...

Wanita dicipta bukan untuk dikagumi ramai lelaki, Tapi untuk seorang lelaki yang bernama, Suami.

ULASAN TENTANG PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN j-QAF


"PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN j-QAF"
PENULIS ARTIKEL INI :

SITI FATIMAH AHMAD
AB. HALIM TAMURI


Artikel ini membincangkan tahap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan teknologi multimedia (TMm)dalam pengajaran guru j-QAF. Dalam meningkat kualiti pengajaran dan pembelajaran, penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran dan pengajaran (P&P) dilihat amat efektif dan sesuai kepada para pendidik.

Di Malaysia, era perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan. Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam konteks masyarakat berpengetahuan hari ini semakin meningkat, sejajar dengan perubahan dimensi dan inovasi dalam TMK.

Menurut Abd. Rahman (2000), sejak awal tahun 50-an, pelbagai alat teknologi pendidikan (ATP) digunakan dalam P&P sekolah- sekolah di Malaysia. Walau bagaimanapun penggunaannya adalah terhad. Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk kemajuan teknologi pendidikan melalui peruntukan daripada pinjaman Bank Dunia kepada sekolah seperti peti televisyen, perakam video dan OHP (Overhead projector) yang menelan belanja jutaan ringgit.

Mengikut kajian, tidak dapat disangkal akan kepentingan penggunaan teknologi komunikasi dan teknologi multimedia dalam meningkat dan menambahbaik proses pengajaran guru dalam bilik darjah. Malahan terdapat peningkatan minat dan motivasi pelajar terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm.


Persepsi Terhadap Penggunaan BBM Berasaskan TMm Dalam Pengajaran Guru j-QAF

Kajian mendapati persepsi guru terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm secara puratanya tinggi. Tidak dinafikan juga terdapat beberapa masalah dan halangan secara teknikal dalam meningkat kemahiran penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran. Oleh yang demikian, guru- guru j-QAF mesti berusaha untuk meningkatkan kemahiran masing- masing agar pengajaran yang dilaksanakan bagi semua model- model program j-QAF dapat menunjukkan keberkesanan sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif program tersebut.


Ulasan Peranan ICT Dalam Penyebaran Dakwah Dalam Era Globalisasi

PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI

Artikel ini ditulis oleh :
Prof. Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al- Edrus, Pengarah Pusat Islam, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Ustaz Mohd Lutfi Solehan Penolong Pendaftar, Fakulti Pengurusan Teknologi Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia.

Dakwah merupakan satu amanah Ilahi yang bersifat mulia atau sakral. Pekerjaannya diwariskan oleh Allah kepada para anbiya' dan awlia' dan dari satu generasi ke generasi. Dakwah dan hikmah merupakan dua kalimah sinonim yang sarat dinukilkan di dalam Al-quran yang dikaitkan dengan kualiti ulu al- bab para pendakwah. Sebagai contohnya gerak kerja para Nabi dan Rasul sebagai da'i dalam menyampaikan syariat Allah kepada ummatnya. Mereka dibekalkan dengan ilmu dakwah yang mantap dan cekap yang mencernakan kualiti unggul ulu al-bab. Dalam konteks pemikiran semasa (fikrah al-mu'asirah) yang bertanggungjawab melakukan dakwah adalah tugas ummat Islam yang tiada sebarang pengecualian. Semua sumber daya usaha ummat mesti digembeling ke arah memperkasakan iltizam dan meningkatkan tindakan kerja- kerja dakwah. Justeru penggunaan ICT sesuatu yang releven dan penting digunakan bag mempertingkatkan keberkesanan penyebaran dakwah kepada khalayak yang lebih ramai. Inilah satu daripada kaedah dakwah dalam menghadapi cabaran dan gugatran kerakusan serangan globalisasi kini.  

Ulasanku..

Dakwah ialah panggilan kepada Allah atau pun seruan agama Islam. Ia juga membawa maksud bahawa Islam adalah agama yang mengajak manusia untuk melaksanakan tuntutan Islam.

Dalil dakwah :


dakwah1


ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah An-Nahl [16]:125)




KEBERKESANAN DAKWAH MENERUSI ICT 

Di Malaysia, dari dahulu dakwah Islamiah telah disampaikan melalui lisan dan tulisan yang disebarkan kepada individu atau berkumpulan. Sejajar dengan perkembangan zaman, kini dakwah telah disebarkan melalui filem, video, kaset dan sebagainya. Bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, pelbagai aktiviti dakwahnya telah menggunakan teknologi terkini termasuklah penggunaan internet. 

Dalam perkembangan di alaf baru kini, teknologi maklumat (ICT) telah menjadi medium terpenting dalam komunikasi. Jika diteliti penggunaan media elektronik terutama radio dan televisyen sebagai media dakwah telah dipelopori dan dilaksanakan oleh kerajaan. Program- program yang disediakan telah mendapat sambutan dan penerimaan yang hangat menyeluruh dari kalangan penontonnya. Penerimaan multimedia sebagai alat dakwah pada masa kini bukanlah ditegah, malah wajib selagi penggunaannya selari dengan dengan ajaran Islam. 

Kemahiran menggunakan ICT di dalam penyampaian mesej dakwah akan memberikan impak yang cukup besar kepada orang yang menerima dakwah. Penggunaan seperti komputer riba, LCD, Audio dan pelbagai program komputer seperti power point dan sebagainya juga merupakan wasilah kearah uslub dakwah yang berkesan. Pakar- pakar psikologi berpendapat bahawa, pendengaran hanya memberikan 70% sahaja impak dan penerimaan pengajaran melalui pendengaran dan penglihatan akan menghasilkan 100% penghasilannya.


KESAN ICT DALAM DAKWAH

      
     POSITIF

1. Kehadiran teknologi multimedia menjadikan tugas berdakwah menjadi mudah, cepat dan berkesan.
2. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat dapat diperluas.
3. Urusan dakwah dapat dijalankan dengan efektif dan efisien.
4. Dapat meningkatkan kualiti dakwah yang disampaikan dan emningkatkan kefahaman manusia dalam soal 
    agama.  
5. Pembangunan dakwah menerusi multimedia dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat Islam   
    Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau di luar negara.


     NEGATIF
  
ICT mempunyai pengaruh dan banyak bahan asing dari luar negara yang dimuatkan dalam media tempatan. Daripada pengaruh ini terdapat unsur- unsur negatif yang menular masuk kedalam media tempatan.  

1. Menyebabkan dakwah yang hendak disampaikan tidak tepat dan mungkin akan dieksploitasi oleh fahaman- fahaman yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.

Menjejaskan Kesihatan

2. Terdapat radiasi elektromagnetik yang dikaitkan dengan
    penyakit kanser dan keguguran kandungan.

Pelayaran WEB negatif

3. Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa   
    sahaja termasuk kanak- kanak, remaja dan golongan dewasa 
    akan memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya 
    hidup.

Jenayah Internet

4. Terdapat pencerobohan dan penggodam laman web (Internet 
    Hacker), jenayah kerana mereka melepaskan komputer virus di 
    internet, penipuan kredit kad secara online, penyebaran
    maklumat   dan bahan yang salah melalui emel, penghasutan dan 
    penyebaran fitnah.

Kesimpulan

Seseorang pendakwah haruslah kreatif dalam menggunakan mekanisme dakwah. Kemudahan ICt sepatutnya digunakan secara maksima dalam rangka dakwah yang sesuai dengan ajaran Islam. Para pendakwah seharusnya mempunyai kepakaran dan ilmu yang cukup dalam mengeksploitasi ICT. aspek Iman hendaklah menjadi fokus utama dalam menyampaikan dakwah dan menjadi asas terpenting dalam membina umat Islam yang kuat. 

Oleh itu, dakwah melalui ICT dapat dinilai sabagai mekanisma yang efektif dan berpotensi menyampaikan dakwah dengan meluas. Pada hakikatnya cara, kaedah dan method untuk berdakwah itu sangat banyak dan meluas bahkan mungkin tidak ada batasnya. Semua cara, kaedah dan method dakwah boleh dilakukan oleh pendakwah selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.





Tuesday, 9 December 2014

TUJUAN CIPTA BLOG INI...SERTA UCAPAN BUAT SAHABAT







ASSALAMUALAIKUM...

 FIRSTLY.. NAK UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA DR. NORAH BINTI MD. NOOR  PENSYARAH YANG MENGAJAR SAYA DALAM SUBJEK APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI.

 BUAT SAHABAT SEMUA..
ZAM, ABBY, FARHAN, FARIS, NAWI, SYAHMI, MUHAMMAD, ANUAR, AZIZI, HALIM...

KAK LIZA, KAK ZU, KAK NURUL AIN, FEEZA, IRLIANA, AZIMAH, AIDA, JUMAHIDAH, TASNIM, SHIDA, HALIMAH, MIDAH, AFZILIN, SYURA & LISA..

BERSAMA- SAMA KITA BERUSAHA UNTUK MENJADI YANG LEBIH BAIK.. BERSABAR MENGHARUNGI SUSAH PAYAH BELAJAR DAN MENGAJAR.. SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA. INSYAA ALLAH KEJAYAAN MILIK KITA. AAMIN...



Friday, 5 December 2014

PENGENALAN DIRI

USRATI JANNATI
Pada tanggal 11 Disember 1984.. Pasangan Raja Mohd Bin Raja Cha & Radiah Binti Abd. Rahim selamat menyambut kelahiran puteri keduanya yang bernama "Norbaiti Binti Raja Mohd"... yang membawa maksud " CAHAYA RUMAHKU".. 

ok... ini pengenalan diri saya..


 
  •     Sekarang bekerja sebagai guru agama di Sekolah  Agama Taman Pasak Indah..
  •     Mempunyai 2 orang Puteri yang soooo... happy go lucky... 


  • Tinggal di Felda Pasak bersama keluarga dan abah tersayang.
  • Masih lagi belajar dan menuntut ilmu pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.