PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI
Artikel ini ditulis oleh :
Prof. Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al- Edrus, Pengarah Pusat Islam, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Ustaz Mohd Lutfi Solehan Penolong Pendaftar, Fakulti Pengurusan Teknologi Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia.
Dakwah merupakan satu amanah Ilahi yang bersifat mulia atau sakral. Pekerjaannya diwariskan oleh Allah kepada para anbiya' dan awlia' dan dari satu generasi ke generasi. Dakwah dan hikmah merupakan dua kalimah sinonim yang sarat dinukilkan di dalam Al-quran yang dikaitkan dengan kualiti ulu al- bab para pendakwah. Sebagai contohnya gerak kerja para Nabi dan Rasul sebagai da'i dalam menyampaikan syariat Allah kepada ummatnya. Mereka dibekalkan dengan ilmu dakwah yang mantap dan cekap yang mencernakan kualiti unggul ulu al-bab. Dalam konteks pemikiran semasa (fikrah al-mu'asirah) yang bertanggungjawab melakukan dakwah adalah tugas ummat Islam yang tiada sebarang pengecualian. Semua sumber daya usaha ummat mesti digembeling ke arah memperkasakan iltizam dan meningkatkan tindakan kerja- kerja dakwah. Justeru penggunaan ICT sesuatu yang releven dan penting digunakan bag mempertingkatkan keberkesanan penyebaran dakwah kepada khalayak yang lebih ramai. Inilah satu daripada kaedah dakwah dalam menghadapi cabaran dan gugatran kerakusan serangan globalisasi kini.
Ulasanku..
Dakwah ialah panggilan kepada Allah atau pun seruan agama Islam. Ia juga membawa maksud bahawa Islam adalah agama yang mengajak manusia untuk melaksanakan tuntutan Islam.
Dalil dakwah :
ادْعُ إِلِى
سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم
بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ
وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
“Serulah
(manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih
mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih
mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah An-Nahl [16]:125)
KEBERKESANAN DAKWAH MENERUSI ICT
Di Malaysia, dari dahulu dakwah Islamiah telah disampaikan melalui lisan dan tulisan yang disebarkan kepada individu atau berkumpulan. Sejajar dengan perkembangan zaman, kini dakwah telah disebarkan melalui filem, video, kaset dan sebagainya. Bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, pelbagai aktiviti dakwahnya telah menggunakan teknologi terkini termasuklah penggunaan internet.
Dalam perkembangan di alaf baru kini, teknologi maklumat (ICT) telah menjadi medium terpenting dalam komunikasi. Jika diteliti penggunaan media elektronik terutama radio dan televisyen sebagai media dakwah telah dipelopori dan dilaksanakan oleh kerajaan. Program- program yang disediakan telah mendapat sambutan dan penerimaan yang hangat menyeluruh dari kalangan penontonnya. Penerimaan multimedia sebagai alat dakwah pada masa kini bukanlah ditegah, malah wajib selagi penggunaannya selari dengan dengan ajaran Islam.
Kemahiran menggunakan ICT di dalam penyampaian mesej dakwah akan memberikan impak yang cukup besar kepada orang yang menerima dakwah. Penggunaan seperti komputer riba, LCD, Audio dan pelbagai program komputer seperti power point dan sebagainya juga merupakan wasilah kearah uslub dakwah yang berkesan. Pakar- pakar psikologi berpendapat bahawa, pendengaran hanya memberikan 70% sahaja impak dan penerimaan pengajaran melalui pendengaran dan penglihatan akan menghasilkan 100% penghasilannya.
KESAN ICT DALAM DAKWAH
POSITIF
1. Kehadiran teknologi multimedia menjadikan tugas berdakwah menjadi mudah, cepat dan berkesan.
2. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat dapat diperluas.
3. Urusan dakwah dapat dijalankan dengan efektif dan efisien.
4. Dapat meningkatkan kualiti dakwah yang disampaikan dan emningkatkan kefahaman manusia dalam soal
agama.
5. Pembangunan dakwah menerusi multimedia dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat Islam
Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau di luar negara.
NEGATIF
ICT mempunyai pengaruh dan banyak bahan asing dari luar negara yang dimuatkan dalam media tempatan. Daripada pengaruh ini terdapat unsur- unsur negatif yang menular masuk kedalam media tempatan.
1. Menyebabkan dakwah yang hendak disampaikan tidak tepat dan mungkin akan dieksploitasi oleh fahaman- fahaman yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.
Menjejaskan Kesihatan
2. Terdapat radiasi elektromagnetik yang dikaitkan dengan
penyakit kanser dan keguguran kandungan.
Pelayaran WEB negatif
3. Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa
sahaja termasuk kanak- kanak, remaja dan golongan dewasa
akan memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya
hidup.
Jenayah Internet
4. Terdapat pencerobohan dan penggodam laman web (Internet
Hacker), jenayah kerana mereka melepaskan komputer virus di
internet, penipuan kredit kad secara online, penyebaran
maklumat dan bahan yang salah melalui emel, penghasutan dan
penyebaran fitnah.
Kesimpulan
Seseorang pendakwah haruslah kreatif dalam menggunakan mekanisme dakwah. Kemudahan ICt sepatutnya digunakan secara maksima dalam rangka dakwah yang sesuai dengan ajaran Islam. Para pendakwah seharusnya mempunyai kepakaran dan ilmu yang cukup dalam mengeksploitasi ICT. aspek Iman hendaklah menjadi fokus utama dalam menyampaikan dakwah dan menjadi asas terpenting dalam membina umat Islam yang kuat.
Oleh itu, dakwah melalui ICT dapat dinilai sabagai mekanisma yang efektif dan berpotensi menyampaikan dakwah dengan meluas. Pada hakikatnya cara, kaedah dan method untuk berdakwah itu sangat banyak dan meluas bahkan mungkin tidak ada batasnya. Semua cara, kaedah dan method dakwah boleh dilakukan oleh pendakwah selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.